Pengalaman countryside de France (part 1)

Bonjour !!!

mon nom est Ummar
Bila cakap pasal france mesti orang terbayangkan kota Paris. Tapi kali ni saya nak kongsi pengalaman kami anak beranak ke kawasan kampung di France ni.Banyak link yang korang leh search homestay/cottage/holidayhome/villa kat europe.

http://www.holidaylettings.co.uk
http://www.ownersdirect.co.uk

Kami memilih cottage yang tidak jauh dari Calais sebab mudah nak menyeberang ke UK. Kalau korang korang nak tahu tips bawak kereta untuk cross english channel boleh klik disini.

Perjalanan dari port calais mengambil masa kira2 sejam dengan berpandukan GPS. Disebabkan kereta disewa di UK jadi ianya dipandu sebelah kanan tetapi di europe kereta dipandu sebelah kiri. So bila nak bayar bayar tol korang kena keluar kete pasal mesin bayar tol belah kiri.

mesin bayar tol
Bab bayar tol pulak korang jangan panik pulak yer pasal kat sini mesin bayar tol diorang macam bayar parking. Korang boleh pakai kad kredit or kad debit dan korang tak perlu risau orang blakang jarang hon2 kalau kita lambat. So just chill jer bila bayor tol.

gambar hadapan cottage

pintu masuk utama

bersama kereta Vauxhall buatan Britain

 So Alhamdulillah…..kita dah sampai!!!.

Memang exited!!!!. Kawasan kat area ni memang tenang abesss. Dah nama pon kampung kan. Rumah yg kami sewa ni dalam €300 seminggu. Actually kira mahal jugak sebab kalau kat France ni korang leh hunting lagi murah sampai kadang2 tu leh dapat €150 seminggu. Depend pada area jugak sebab rumah ni tak jauh dari UK so ramai british yg datang so harga jadi mahal lah sikit.

Lagi satu bab elektrik, korang kena jaga2 pasal certain tuan rumah dia limitkan penggunaan letrik. Mcm cottage ni kiteorang banyak cut tang elektrik consume ni kat heater. Kiteorang pakai fireplace jer, tuan rumah ni pulak memang dah sediakan kayu2 siap potong kat bawah rumah. Kita tinggal nak bakorrrr jer. Kiter bakor…kiter bakor…

kayu-kayu tu memang besar, adala besar kepala setiap ketul

fireplace di living hall tingkat bawah
Walaupon suhu malam boleh menjunam ke 3 celcius tapi kami tak pernah bukak heater pon. Rahsianya mudah jer, sebelum korang tido korang bakar la api kat fireplace tu lama sikit. Pastu heat yg yg dihasilkan akan terkumpul diatas cottage tu. sebabtu lah cottage2 lama bilik diorang kat atas pasal heat akan maintain berada bahagian atas. Secara scientific nya korang boleh bukak balik buku teks sains tingkatan 3 bab perolakan haba. Siap ingat lagi tu.

master bedroom tingkat atas

tangga naik keatas, lebar hanya 1 kaki setengah
Kalau zaman dulu2, tuan rumah ni citer kebanyakan haiwan peliharaan dan ternakan seperti kambing dan lembu akan diletakkan dibawah rumah supaya dapat mensupply haba keatas disamping mengelakkan haiwan2 ni mati kesejukkan. Tuan rumah ni citer laaaaa.

Tuan rumah ni pulak duk sebelah2 jer dengan cottage ni. Memang senang nak mintak macam2, sabun baju lah, bantal lebih lah, plastik sampah.terima kasih tuan rumah yang sporting. Tapi malangnya tak sempat nak bergambar dengan tuan rumah pasal tuan rumah busy kerja.

Apa yg ada disekitar rumah ni?. Apa yang menariknya cottage ni?.

Jom kita sambung ronda2 (part2) pulak.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s