Pengalaman countryside de France (part 2)

garden yang super luas
pandangan sisi cottage

So entry kali ni saya akan kongsi apa yang menariknya kawasan sekeliling cottage ni. Nama pon cottage kampung so memang banyak hidupan yg bakal ditemui di kawasan ni. Kawasan laman cottage ni memang luas di bahagian belakang, kalau dari depan nampak macam kecik jer tapi bila pergi ke belakang siap boleh main bola 5 sebelah. Kenangan yang paling best bila pagi2 bukak tingkap dapur ni nampak ada peacock bertenggek kat atas meja garden kat luar. Memang jakun laaaaa kami anak beranak, kami pon bagila dia makan roti. Dan setiap pagilah peacock ni akan standby tepi tingkap setiap pagi teman kiteorang breakfast. Dan diatas meja ni lah selalunya kami update business Shaklee online pasal beza waktu dengan Malaysia dalam 7/8 jam. Jadi kalau kat sini pagi kat Malaysia petang. Tu yang seronoknya ber Shaklee semuanya boleh buat online. Update dengan customer, update dengan anak2 downline, nak beli barang pon online siap Shakles pos kan terus kepada customer. Dengan kelebihan ini kami boleh travel sampai 2 bulan. Kalau korang nak tahu further pasal business Shaklee boleh klik disini ya.

peacock peneman breakfast

Di belakang cottage ni tuan rumah ada sediakan trampoline untuk budak2 dan mak bapak budak melompat tak tentu hala. First day tu kami takat tengok je menatang trampoline ni terbentang kat belakang cottage ni sebab malu nak join main. Bila esok tengok tuan rumah ni dah gi kerja dan anak2 diorang dah ke sekolah, apelagi kiteorang pon anak beranak melompat macam orang gila sambil tergelak secara berjemaah.Hahahahaha. Buat malu Malaysia btol, apa nak kate kat Malaysia xpernah main menatang ni.

lompat si katak lompat
masa ni rindu belacan
bbq

Diantara aktiviti lain yang korang boleh buat kat sini adalah BBQ kat garden ni. Kat sini BBQ selalunya diorang buat petang2, jarang orang BBQ malam2 macam kat Malaysia. Kalau korang nak buat jugak lantak korang lah tapi kat sini time malam memang sejuk even masa kiteorang datang ni pon time spring. Nak dapatkan daging/sosej halal kat area St Omer ni tak susah pasal populasi islam still ada walaupun tak ramai. Kat supermarket still ader corner makanan halal, so korang jangan khuatir bab makanan. Rasa sosej kat sini memang berbeza dari Malaysia. Kat sini sosej diorang kurang tepung dan penuh isi daging dalam sosej tu. gulppp!!! telan air liur dah ni haaaa bila teringat betapa sedapnya sosej ni.

halal corner
daging/sosej/cheese halal

Selalunya bila dah petang lepas sekolah, anak2 Perancis ni akan datang ke cottage kiteorang pastu ajak kami main dengan binatang2 ternakan diorang.  Macam2 diorang bela dari ayam, kambing, itik dan kambing. Nasib baik laaaa diorang tak bela oink-oink, memang rezeqi kiteorang jugak laaaa. Kalau diorang bela menatang cumil tu memang komfem kami tak pegi masuk dalam ‘barn’ tu. bukan soal najis jer dibuatnya kena sondol kan susah. Anak2 perancis kat sini memang baik dan sangat peramah walaupon diorang memang tak reti cakap english. Dan sangat hormat pada orang tua. Oh ya, kat Perancis ni korang jangan kecik hati pulak kalau diorang mcm nak tak layan korang kalau speak english pasal French amat proud to speak French.

besar nanti jadi menantu pakcik boleh?
kambing yg jinak

Kami tinggal disini selama 10 hari dan seriously memang rasa sekejap sangat. Kehidupan disini amat berbeza dengan kehidupan di bandar2 besar mcm Paris.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s