Tips flight dengan anak kecil

eiiiii tomato!!!
Travel  dengan anak kecil ni memang menjadi cabaran dan kadang kala sampai jadi fobia coz dalam kepala ni rasa terlalu risau dengan dugaan yang bakal di tempuhi.Memang tidak dinafikan cabaran membawa anak kecil memang tetap ada cumanya kita kena bijak prepare before/during/after travel.Tapi kadang2 travel dengan anak kecil ni boleh jadi advantage, contohnya macam masa boarding dalam flight. Selalunya memang kita yg bawak manusia2 kecil ni diberi priority dulu.

boarding di Frankfurt airport
1. Stroller Tahukah anda bahawa korang boleh bawak stroller anak2 tu sehingga ke pintu aircraft. Ya!!! Sehingga ke pintu aircraft tanpa check in di kaunter. Dan part yang paling best korang boleh bawak stroller sebesar mana pon pasal stroller tidak dusinpan didalam kabin aircraft. Korang just lipat jer depan pintu kapal terbang tu then ground staff akan masukkan dalam perut kapal terbang. Bab nak pulang nanti pulak selalunya diorang akan bagi stroller masa bukak pintu aircraft or kat baggage claim area. Nak lebih selamat just tanya jer pada ground staff tu sebab lain airport lain caranyer. 

stroller adik kakak
2. Susu formula Sejak beberapa tahun yg lalu pihak airport satu dunia dah mengenakan larangan dari membawa bahan2 cecair dari masuk kedalam flight. Selalunya diorang akan sorting masa security check, memang nampak banyak botol2 air yg dibuang kedalam tong sampah. Tapi yang haironnyer lepas jer security check ni belambak kedai2 duty free yang jual air. Bukan takat air kosong jer air ‘haram’ lagi lah banyak. Tapi korang jangan risau selalunya security akan lepaskan jer air tu, just cakap jer kita ada anak2 kecik. Tak pon korang boleh mintak air panas dalam aircraft nanti. Kalau nak yg lagi senang dan terbaik adalah korang nyusu badan laaaa. Kalau susu badan kurang boleh ambil produk Shaklee mcm wife saya. Susu badan bertambah dan part yg paling best badan dia bertenaga. Nak tahu pasal set menyusu Shaklee korang leh refer Siera Haiyi

thermos kecil
3. Mainan Salah satu cara nak diamkan anak2 kecik ni dengan membawa mainan yang diorang ralit main. Selalunya airline akan bagi sort of toys or activity book untuk budak2 utk long haul flight tapi korang espect utk  low cost airline mcm AirAsia pulak.  

MH001 kul-lhr
4. Take-off / landing

Pengikut pengalaman kami, waktu yang paling kritikal adalah masa take-off dan masa landing sebab pasa masa ni perubahan tekanan ‘pressure’ kakn berlaku secara mendadak. Jadi telinga kita akan rasa ‘bengap’ dan ia menjadikan kanak2 tidak selesa dengan keadaan ini seterusnya menyebabkan diorang akan menangis meraung2. Apa yang boleh kita buat adalah meletakkan earplug kat telinga budak2 ni bagi menghalang sebarang perubahan pressure. Tapi kami tak pernah buat pon.hahahah. Kami just bagi budak2 ni susu atau sebarang snack supaya telinga boleh ‘pops’ dengan current pressure.

earplug kanak2
5. Tidur

Bab tidur ni amat penting bagi saya. Mula2 nak bawak budak2 naik flight dulu memang rasa risau dan takut. Kut2 budak2 ni meragam dalam flight, so ape yang saya buat saya akan layan budak2 ni main sebelum naik flight dan saya akan cuba kawal waktu tidur diorang sebelum naik flight dengan harapan diorang akan tidur sepanjang flight. Ternyata perancangan ini menjadi bila flight kul-london mengambil masa kira2 13 jam dan ummar (masa tu umur 1tahun) tidor selama dekat 8 jam dalam flight. Dia bangun bila nak nyusu jer itu pon bila wife saya kata dah tahap sakit sebab susu membengkak. Flight kami pada masa tu pagi pukul 10 pagi so saya expect the worst kalau ummar tak tido. Fuhhh….alhamdulillahhhhh….

ummar didalam kandangnya
 Selalunya kanak2 dibawah 2 tahun airline akan bagi bassinet dekat depan so tak perlu risau nak pangku anak sepanjang flight. Tapi kalau flight xramai orang, selalunya kiteorang akan buat katil sendiri. Hahahaha

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s