Istanbul Turkey 2013 (part 2)

HAGIA SOPHIA
Salah satu attraction di Istanbul ni adalah Haghia Sophia. Kenapa?. Saya rasa pasti ramai yg tahu kan?. Hagia Sophia ini pada asal nya adalah sebuah gereja, selepas penaklukan Islam oleh Sultan Muhammad Al-Fateh ianya telah dijadikan masjid selama lebih 500 tahun!!!. Haghia Sopia telah dibina semasa ketamadunan Byzantine yg beragama kristian orthodox.Sejak dibina, ianya telah dijadikan sebagai gereja selama 1000 tahun lama nya….

menitik air mata bila terlihat kawasan dalam Hagia Sofiya

Pertama kali melangkah masuk ke Haghia Sophia memang meremang bulu roma….perasaan bercampur baur gembira bercampur duka…..terkenang bagaimana ketamudanan Islam begitu gah dan dikagumi tetapi runtuh ditangan orang islam sendiri….Hagia Sophia telah dijadikan museum setelah jatuhnya sistem khaliah oleh seorang pemimpim sekular yang bernama Kamal Ataturk….Disekitar Hagia Sophia kita boleh nampak banyak lukisan2 Jesus dan Mary.

untong laaa…kecik2 dah sampai sini

Saya amat mengesyorkan jika anda ingin ke tempat2 menarik ini korang boleh mendapatkan package2 di hotel atau di area sultanahmet terdapat banyak travel agency disekitar sultanahmet. Buat laaaa sedikit survey pasal terlalu banyak package yang boleh diambil. Disebabkan saya pergi sendiri tanpa travel agent saya lebih prefer ambil package disana sebab saya nak tahu penerangan tempat yang saya lawati….

ticket Hagia Sofia

Bila dah abes me round hagia sophia, perut pon mula laaaaaa terasa laporrrr nyer kannn. So, disebabkan kami tidak mengambil package kenalaaa arik makanan sendiri. Kat Istanbul ni korang jangan gaduh atau susah hati bab makanan ye. Sebab melambak restoran kat sini yg menyediakan makanan hala. Signature kat sini tentulah kebab turkey kan?. Harga dalam 3-4 euro dalam rm10-Rm15, size memang agak besar laaaa dan korang jangan espect roti diorang akan lembut macam roti gardenia hokey!!!!. Roti diorang kat sini agak keras sikit….hahahaha

Cuba korang tengok gambor dibawah tuh. Ape yg menarik nya penjual kebab ni?

Korangperasan tak ada mesin timbang kat situ?. Setiap daging yg dipotong akan ditimbang. Supaya cukup nisbah, takder lah isu roti besar daging sikit kan?. Bagus jugak diorang nih….jujur…

Daging pon diorang timbang

 

GRAND BAZAAR
Lepas dah settle lunch kita nak shopping la plak kan?. Dah sampai isketambola ni kena lah datang sini. Grand bazaar, nama pon grand kan?. Memang besor lerrrr, dalam ni ada lebih kurang 3000 lot kedai dalam nih. Cakap jer bab shopping orang pompuan memang suka laaaaaaaa, bagi 3hari 3malam pon tak cukup….hahahah

the entrance to Grand Bazaar
abg tak sado tapi cumil

apa yg menariknya pasal grand bazaar ni?Actually grand bazaar ni merupakan pasar tertutup pertama didunia. Makna kata paling lama didunia laaaaa, Grand bazaar ni dibina semasa awal2 pemerintahan uthmaniah di Istanbul nih dalam tahun 1460 masihi…Apa yang ada dalam grand bazaar ni?….haish. Macam2 adaaaaaa macam lampu perhiasan, karpet, makanan dan mcm2 lagi lah, orang tengok lerrr sendiri.VIAGRA turkey pon adaaaaa…..hahahaha jangan main2!!!!

the view inside Grand BAzaar
bentangkan ku permaidani

5 times???…gulp

muka ada cahaya
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s