Persediaan sebelum menjadi seorang ayah

Menimang cahaya mata adalah impian setiap pasangan yang telah berumah tangga. Kebanyakan orang memfokuskan persediaan seorang bakal ibu sebelum menimang cahaya mata, persediaan mengandung, melahir,berpantang, menyusu serta membesarkan anak. Namun persediaan seorang bakal ayah dianggap remeh dan kurang diberi tumpuan. Sebenarnya persediaan seorang ayah juga lagi besar dari seorang ibu kerana tanggungjawab yang bakal digalas terletak di bahu seorang pemimpin keluarga iaitu ayah.

Mungkin seorang suami atau bakal ayah lebih melihat persediaan dari segi kewangan dan fizikal semara2, tetapi sebenarnya persediaan mental jauh lebih penting sebelum anda menerima seorang cahaya mata. Terdapat beberapa aspek yang anda perlu ambil kira terhadap diri anda sendiri, isteri anda serta anak yang bakal dilahirkan.

1. Masa untuk diri sendiri.

Peruntukan masa untuk diri sendiri akan dihadkan kerena waktu santai anda bakal dicuri oleh bayi. Segala aktiviti atau hobi yang korang buat bakal di hadkan, contoh nya kalau dulu korang kaki futsal mungkin kekerapan bermain akan dikurangkan. Jika korang selalu layan movie tanpa sebarang gangguan (siap dapat secawan kopi dari isteri) , lepas ni korang mungkin akan tengok movie tersekat2. Kejap2 anak berak, kejap2 anak nak susu, kejap2 kena dukung anak pasal sang isteri tengah mandi. Mungkin jalan penyelesaiaannya dengan mengambil seorang pembantu rumah (bibik). Tapi percayalah, apa yang anda lalui sendiri tanpa bibik menjadi satu kepuasan serta pengalaman yang tidak ternilai menjadi seorang ayah.

2. Masa bersama isteri.

Kalau dulu sehari boleh expect isteri akan sediakan 3 gelas kopi/teh. Pagi sekali, patang sekali dan malam. Tapi bila dah ada anak ni nak rasa secawan kopi pon belum tentu. Silap2 kita kena buat susu anak. Apedehal, kan anak aku jugak. Tak pon buatkan secawan ESP utk sang isteri, supaya susu badan dia bertambah. Anak2 pon kurang meragam bila susu badan mencukupi. Dan masa ni lah kita nak membalas jasa isteri kita mengandungkan serta melahirkan anak kita. Geng2 isteri ni mesti suka ni. Kan…kan….kan…

3. Perubahan fizikal/mental isteri.

Apa yang anda espect kalau bini korang dah beranak pinak?. Mestilah ada yg ‘meleleh’ disana sini. Come on bro, its normal laaa. Lagi2 yang deliver caesar memang terang2 nampak scar kat perut tu. Mengikut pengamatan dari pengalaman sendiri, pompuan ni bila lahir anak pertama body allignment masih ok lagi tapi bila dah beranak kali kedua memang banyak lari. Hahahahaha. Geng mak2 jangan marah yer. Dan setelah melahirkan anak kedua, perubahan fizikal memang tersangat ketara. Cepat penat, rambut gugur, berat badan cepat naik. Nak dijadikan cerita masa ni lah kami mengenali Shaklee. Mula2 dia rasa  badan lemah, selalu pening2, susu badan kurang. Ummar (anak kedua) pula selalu meragam pasal tak puas menyusu. Sebebelum ambil Shaklee, macam2 ikhtiar sudah kami buat. Dari makan halba, spirulina, minum air milo satu jug, minum air barli, tetapi hasilnya amat mendukacitakan kami.

Alhamdulillah lepas ambil ESP, Bcomplex, Vitalea, alfalfa dan lecithin:-

  • Susu badan bertambah dan semakin pekat.
  • Berat badan turun tanpa mengurangi amount susu badan.
  • Part kat badan yang lembik2 mulai ‘firm’.
  • Selulit kat area perut semakin pudar.
  • Apa yg paling penting badan wife saya bertenaga!!!. Dah tak melepek jer dan ceria.

4. Waktu tidur.

Part ni memang agak kritikal. Menjadi kebiasaan anak2 kecil ni kerap terjaga malam pasal nak susu, atau mungkin memang jenis batman yg tak tidor malam terus. Depend pada budak tu lah. Ada orang tua2 kata kalau baby lahir malam, selalu nya baby susah tidor malam. Ish pepandai jer orang tua2 ni. ingat baby tu jetlag kowt. Pengalaman saya sendiri, anak pertama (khadeejah) memang jenis tak tidor malam langsong. Timing dia agak sharp, tepat ko, 12 tgh malam dia akan terjaga sampai subuh. Nasib baik lah waktu tu saya cuti semesta, memang hari2 tak tido malam sampai habis pantang. Apa yang saya buat malam2?. Pusing satu rumah sambil bercerita, tengok tv, ngaji, masak, pastu tgk tv balik.

Anak yg kedua (ummar) ni terok sikit. Jenis baby susah tido pastu tido kejap sangat. Meragam masa nak tido sampai kiteorang goncang2 botol Shaklee yg ada isi sebab nak bunyi yg kuat. Nak tido malam memang seksa, bila dah tido kejap2 bangun nak susu badan. Wife saya memang stress giler, saya dah risau dia meroyan. Susu badan pulak tak banyak. Masa tu belum ambil Shaklee lagi. Macam mana nak banyak?. Tidor pon celup2, paling lama pon 2jam. Kami laki bini dah tahap nangis2 setiap hari setiap malamnya. Allah jer yang tahu perasaan masa tu. Nak menjerit melolong pon tak berguna. Rupanya Allah nak temukan kami dengan Shaklee. Kadang2 terfikir jugak, kalau lah anak aku tak meragam mungkin aku tak berpeluang hidup mcm sekarang. mungkin aku tak bernti kerja. Benarlah firman Allah

” Firman Allah maksudnya: “Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”  

(al-Baqarah:216)

5. Handling baby

Alhamdulillah kedua2 anak saya cuba untuk mandikan, basuh berak serta prepare susu EBM (expressed breast milk) dari fridge. EBM ni susu ibu yang diperah pastu disimpan dan dibelukan dalam fridge. Mula2 memang kekok nak handle baby ni, even nak dukung pon rasa risau. Apatah lagi nak memandikan baby yang lembut tulang2 nya. Saya paksa buat semua ini bukan hanya dengan niat hendak menolong isteri, tetapi saya selalu sematkan dalam hati:

” Abie paksa buat semua ini kerana mungkin satu hari nanti anak2 abie akan suapkan abie makan, basuhkan berak abie, dukung serta usung abie kehulu kehilir dan memandikan jenazah abie “

Begitulah sedikit sebanyak perkongsian yang mampu saya curahkan buat bakal2 ayah yang bakal menimang cahaya mata. Segala yang dikongsikan berdasarkan pengalaman dislaam kehidupan saya sendiri. Mana yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan.Kunci kepada semua cabaran yang bakal ditempuhi ini adalah KESABARAN. Setiap kesabaran insyaAllah Allah akan berikan ganjaran di akhirat kelak. Amin

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s