Bagaimana saya berhenti MEROKOK

Bermula dari zaman sekolah lagi saya sudah belajar merokok kerana perasaan ingin mencuba serta pengaruh kawan2 sebaya pada waktu itu. Kepada yang tidak merokok akan mengatakan MEROKOK ni adalah satu perbuatan yang bodoh kerana sanggup membelanjakan sebahagian wang ringgit untuk membunuh diri sendiri. Ada yg kata merokok ni release stress, nak kurus, saja sonok2 atau nak nampak style la konon tapi percayalah disudut kecil hati mereka amat benci terhadap rokok. Mana tak nyer, duit abes, kesihatan terganggu, orang sekeliling xsuka dan pelbagai lagi.

Merokok memang sedap walaupun hakikatnya hanya menghisap asap ‘busuk’. Hanya perokok tegar sahaja yang dapat menilai betapa nikmatnya setiap sedutan beracun itu. Saya mula merokok semasa saya form 2 lagi iaitu seawal umur 14 tahun. Fuhhh….giler jahat kecik2 dah isap rokok. Masa dulu mana berani nak isap rokok secara terang2, selalu isap rokok dalam parit belakang rumah. Hahahaha….dah macam penagih gayanyer.

Mula2 merokok memang seronok, lepas makan jer berasap, minum2 dengan kawan sama2 berasap, bangkit pagi berasap, masa memerut pon berasap. Tapi lama2 mulalah rasa menyesal. Duit habis banyak wooo. Bayangkan sehari RM 10 kalau setahun dah berapa. Walaupun masa student dulu xder duit sangat tapi duit rokok pasti akan di reserve. Saya cuba berhenti rokok bukan sekali jer ye, dah banyak kali try tapi GAGAL. Perbah sekali tu dah tahan 2 bulan tapi gagal. Tapi saya tidak putus asa, saya terus cuba dan terus mencuba!!!

1. Set masa specific.

Contohnya, aku nak berhenti merokok masa birthday aku tahun ni. Atau aku nak berhenti merokok lepas bini aku bersalin. Kalau boleh tulis tarikh tu supaya kita ingat dan melekat dalam kepala ni.

2. Get motivated

Dulu masa saya bekerja, saya ada seorang bos yang juga ‘bekas’ perokok. Bila saya tanya bagaimana bod berhenti merokok?. Ini jawapannya

You nak berjaya dalam hidup?. Kalau you nak berjaya dalam hidup, you kena pandai manage duit. Pandai manage company. Pandai manage orang. Pandai manage keluarga. Dan yang paling penting you kena pandai manage diri you sendiri. Kalau diri sendiri pon you tak boleh nak manage, forget about others. 

Masa tu memang sentap laaaa kan. Tapi pasal sentap la saya ingat sampai sekarang memang melekat dalam kepala ni. Memang tidak dinafikan ramai jer orang yang berjaya ni merokok tapi mereka sebenarnya gagal membebaskan diri mereka dari cengkaman benda2 buruk.

3. Kurangkan bersosial

Masa mula2 berhenti merokok tu saya sarankan kurangkan bertemu dengan kawan2 lebih2 lagi kawan2 yang merokok. Kalau boleh elak, korang elak lah padal pengaruh orang yg merokok ni memang bahaya. Bagi seorang perokok, bau asap rokok tu lebih sedap dari bau ayam goreng KFC. Hanya bekas perokok jer yang tahu bau tu. Kawan2 yang merokok juga selalunya akan merendah2kan niat suci kita ni. Dan mcm setan pon ade.hahahahaah…Biasa laa bila kita cakap nak berhenti macam2 jawapan kita dengar dari orang lain. ‘Berhenti membeli ker berhenti isap ni?’.

4. Kawasan merokok

Kalau korang melepak kat luar, dimana lokasi atau port sedap isap rokok?. Macam saya dulu selalu lepak kedai mamak. Sedap wooo minum teh tarik sambil sebatang rikok di celah jari. Jadi, kalau boleh kita cuba elak mengunjung ke kedai mamak. Kalau tak boleh korang cuba lah kurangkan. Sebab pengaruh susana merokok ni juga akan membuatkan anda untuk terus merokok.

5. Replace necotine

Saya pernah mencuba cewing gum yang replace nicotine. Rasnya macam perit2 sikit bila ditekak. Berkesan atau tidak ianya bergantung pada seseorang. Saya lebih suka replace dengan meminum kopi. Saya beli kopi yang mahal2 sikit laaaa. Kalau rasa nak merokok jer saya akan bancuh secawan. Bancuh yang pekat2 sikit. Tapi sesetengah orang tak boleh minum kopi sebab diorang akan rasa nak merokok bila minum kopi.

kopi ni sedap…memang layan…kena pulak tambah dengan creamer

6. Doa pada Allah

Niat untuk berhenti merokok perlu bermula dari keazaman yang tinggi. Banyakkan beribadat pada Allah dan dekatkan diri dengan sang pencipta. Bila kita banyak beramal jiwa kita akan lebih tenang dan kuat. Banyakkan buat solat2 sunat dan mengaji. Macam saya, saya setkan short target.

Harini kalau aku berjaya  tak merokok aku nak sedekah RM 10 

7. Sibukkan diri

Setengah orang akan lebih banyak merokok kalau boring. So kepada yg jenis manusia mcm ni korang boleh lah mem busy kan diri. Korang pergi travel ker, memasak ker, menanam ker, main dengan anak2 ker, tulis blog ker, basuh kete ker, kacau bini ker…hihihi…

8. Layan makan

Saya akui, bila berhenti merokok selera makan sya bertambah. Bukan sikit2 memang terasa nak melantak jer. Selama 2/3 bulan pertama memang saya layan jer nafsu makan saya ni. Boleh kata seminggu 2/3 kali makan buffet hotel. Ape teringin nak makan aku sebat jer. Berat badan memang menaik tapi berhenti merokok lebih penting. Berat badan boleh adjust. Set kurus shaklee kan ada. Apa susahnye kan?

9. Ingat pada insan tersayang

Dalam hidup korang mesti ada seseorang  yang anda sayangi bukan?. Macam saya saya selalu terdikirkan anak dan isteri. Kalau lah aku sakit kan susahkan diorang. Kalau sakit terus mati xpe, ni jenis sakit terbarung pastu menyusahkan orang. Mcm pesakit stroke, kesian anak dan bini nak menjaga, nak menyara. Berbaloi kah?. Anda fikirkan sendiri.

Korang jugak boleh berikhtiar dengan Vivix Shaklee. Masa saya berhenti merokok dulu saya tak kenal lagi Shaklee. Untuk reference korang leh tengok video dibawah ni.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s