Jalan-jalan Yogyakarta / Jogja Indonesia (part1)

Plan nak ke Jogja ni memang dah lama dah memandangkan keturunan belah mak saya ni dari keturunan jawa, so memang teringin sangat lah nak ketanah jawa ni.  Mak ngan abah memang exited lah jugak kan sebab tak pernah ke tanah jawa.

 Jogja ni lokasi dia di jawa tengah, iaitu ditengah antara Jakarta dan Surabaya. Sebelum kami kesini kami ke Bandung dulu so flight dari bandung tak lama sangat.  

bukan main romantik lagi …kebahagian mereka juga kebahagiaan saya..
 Mak aji ngan pak aji ni dua2 dah pencen, so memang asyik nak berjalan jerlah kerja diorang ni. Diorang ni memang pantang kalau kata ada tiket murah ker, promo ker nemang laju jer diorang suh booking. Dulu2 saya susah betul nak luangkan masa untuk family, bukan kate mak ayah jer anak bini sendiri pon kadang2 seminggu sekali jer. Syukur ya Allah kerana memberi peluang saya menjadi WAHD. 

airport yg agak kecil tetapi boleh tahan ramai orang
   Sampai jer di kota jogja saya terus ke hotel sebab dah petang. Penat pon penat jugak lah mengangkut barang2 shopping di Bandung. Airport jogja ni simple jer, lebih kecik dari bandung. Kira macam airport kampung lah jugak tapi aircraft boleh tahan jugak banyaknyer. Nama hotel yg saya book ni Hotel Rumput….hahahaha…Nama dia pon dan agak kelakar dan lokasi dia luar sikit dari pusat bandar. Kawasan hotel ni banyak rumah2 orang tiba2 jer ada sebejik hotel. Anyway saja pilij hotel jauh sikit sebab saya tak suka hiruk pikuk bandar. Korang boleh book melalui Agoda atau Booking.com. Ni website official hotel ni Hotel Rumput

jowo pon jowolah janji rock
half Javanese

macam2 herba ada dalam ni…rasa dia memang sedap!!!
 Kedatangan kami disambut oleh 2 patung jawa ni haaaa….Memang terserlah suasana jawanya disini. Dihidangkan pulak teh herba jawa, rasanya memang sedap tapi mana boleh lawan Cinch Tea Shaklee…hihihi…nak jugak promote nyer pon.
size pool agak kecik tapi cukup la nak merendamkan 2 ekor badak air
  
  
landscape memang superb…tenang jer…
  
ambil2 berbiznes sambil2 minum teh jawa….fuhh…heaven
 Sebenarnya hotel rumput ni lebih kepada konsep chalet sebab biliknya sebuah2. Bab landscape diorang memang superb, mungkin tanah kat sini subur dek tanah gunung berapi. Kalau duk atas kerusi tu boleh menung berjam2 rasanya. Sambil2 duduk layan garden ala2 jawa ni, sambil2 tu kita coaching anak cucu Shaklee. Memang ilham mencurah2 dan lagi semangat!!!. Part yg lagi best adalah harga semalam tak sampai RM80 pon. Harga masa tu laaa, sekarang tak tahu la. Korang cek la sendiri.

Staff hotel ni pulak memang berbudi bahasa sampai kadang2 rasa kesian pon ada. Asal lalu jer mesti cakap ‘permisi pak..’. Bila duk kat lobby kadang2 siap buatkan air lagik. Bab layanan memang tak perlu khuatir. Setiap kali kereta kiteorang sampai staff diorang mesti datang dan terus cakap ‘ada apa2 yang bisa di bantu pak?’ . Kalau diorang tak bz laaa memang diorang akan tolong. 

senggol-senggolan…. cubit-cubitan
 Mak aji n Pak aji ni kemain lagi romantiknya. Masuk2 jer bilik terus tersenyum simpul bila disuruh bergambor berdua2an kat atas katil. Masing2 teringatkan masa first2 honeymoon dulu kot. Apepon semoga mak dan abah gembira dan bahagia hendaknya. Rasa seronok sangat bila diorang happy boleh jalan sama2 anak cucu. 

Bersambung part 2…..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s