Jalan-jalan Yogyakarta / Jogja Indonesia (part2)

Keesokan harinya kami disajikan dengan breakfast yg unik di hotel ni. Nama2 setiap hidangan ni pon tak ingat dah pasal pelik. Chef tu siap terangkan satu2 khasiat disetiap hidangan ni cumanya bila dah makan rasa tak cukup2. Hahahaha 

air jus ni memang best..kenapala takder jual tiap2 pagi kat kodai mamak
  
pagi2 lagi dah ada buah siap kupas…kalau siap suap lagi best kot…
  
hidangan ni pelik sikit…roti dia makan dengan tofu dan salad…kalau hari2 makan mcm ni boleh kurus nih
  
banana pancake bersama strawberry….dusiram pulak dengan maple syrup…slurpppp!!!!
  
sedap yer pak aji ngan mak aji…diorang dah request nak datang lagi..
 

Lepas dah kenyang2, jom kita ronda2 jogja pulak. Mula2 kita gi candi dulu. Sebenarnya candi yg paling cantik adalah di Borobudur tetapi apakan daya pak aji xnak pergi. Dia kate buat ape pergi temple nak masuk pon kena  bayar, baik gi masjid free jer. Dah lah dapat pahala, so saya pon ikut jerlah. Kiteorang singgah candi yg lain iaitu  candi Prambanan. Candi ni memang cantik tapi kuil hindu la. Tempat2 mcm ni tak elok singgah sebenarnya sebab banyak benda2 yg tak elok. Yelaaa tempat sembah berhala memang port jin la. So kami just lalu tengok dari luar pon dah cukup. 

Lepas dah singgah candi ni kiteorang meneruskan lagi perjalanan ke Gunung Merapi. Korang pernah ingat tak yang gunung ni pernah meletus pada tahun 2010. Memang sadis jugak lah kalau dilihat gambar2 rumah yg terbakar, haiwan yang hangus dan kereta/moto rentung. Dah tengahari, perut pon dah kriuk2 so mari kita singgah makan. Harini kita nak test gado2 ngan pecal jawa di jogja. Seriously rasa dia lain, kuah kacang sedap dan banyak lagi rwmpah2. Rupa2 nya diorang akan tumbuk rempah dan bahan2 tu fresh . Lesung batu kat sini pon agak aneh sikit pasal diperbuat dari batu berapi. Cantek punya pasal, saya pon sebat lah satu bawak balik. Setelah penah seharian berjalan kami pon terus pulang ke Hotel Rumput dan berehat.

cantik dan historic
  
pernah meletus pada tahun 2010 yg mengalibatkan limpahan lahar yang dasyat
 
 
lesung batu diperbuat dari batu gunung berapi
  

Malam tu pulak kiteorang jalan2 nenyoppingkan diri di Malioboro. Malioboro ni kira macam central market laaaaa kat sini ni. Malam2 memang penuh orang duk shopping, makan, dengar life band dan naik kereta kuda. Bab naik kereta kuda ni fovorite ummar dan khadeejah. Dari jauh dah melompat2 nak naik kereta kuda ni, sekali naik dia charga dalam IDR 100,000 (RM30), rasa mcm mahal la pulak so saya cuba lah tawar menawar mintak RM 20. Mula2 jockey tu mcm berat jer nak bagi tapi kita cincai2 la dia bagi jugak. Ingatkan dia bawak pusing2 tu dekat2 jer rupanya memang jauh. Siap singgah2 shopping disekitar bandar jogja ni. Rasanya adalaaa dalam sejam setengah. Disebabkan rasa serba salah dan satusfy dengan servis dia, saya bagi dia extra IDR 150,000. Apelagi…..muka ada senyum laa…

nama dia dah dekat2 mcm Marlboro
  
mari kita pusing2 sekita kota malioboro
 

Esoknyer pulak lepas breakfast kiteorang bersiap-siap nak ke Taman Sari. Sebelum ke sana mak aji and pak aji nak posing ler dulu kan. Terpeluk-peluk orang tua ni. Sweet pulak rasanyer, nanti dah tua2 aku pon nak mcm ni jugak lah…hihihi

Perjalanan dari hotel rumput ni nak ke Taman Sari ni tak jauh sekitar 25min kalau tak macet la. Taman Sari ni lokasi dia dekat2 jer dengan Malioboro yg kitaorang pergi malam tadi. Sebenarnya Taman Sari ni adalah istana yg dalam dia ada kolam air. Ape yg menariknya istana ni?. Mengikut cerita, dulu jogja ni ada raja dan raja ni setiap pagi akan naik keatas sambil melihat gundik2 dia mandi di tepian kolam tu. Pastu raja ni akan baling bunga kat mana2 gundik yang dia berkenan. Lepas tu gundik tu akan dibawa ke satu bilik berdua2an dwngan raja tu. pastu dia buat ape ya?. Korang tanya lah mak aji dan pak aji tentu diorang leh jawab….kot…hihihi

pose sebelum bertolak
  
kolam kat belakang tu tempat gundik2 raja mandi
  
bilik dimana raja ‘mengerjakan’ gundik2nya…
 

Keesokan tibalah masa untuk pulang. Sebelum balik terjumpa coklat2 ajaib ni kat airport. Hahahaha…macam2 la diorang ni. Rasa seronok sangat dapat bawak mak dan abah jalan2 walau pon singkat.    
  

kasih embah (nenek dalam bahasa jawa) pada cucunya

Till then….

Bye!!!! 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s